SEZAIRI BAWA LARI ‘SAYANG’ KE MALAYSIA

KAYUAGUNG RADIO - Kuala Lumpur, 18 Mac 2014 – Sezairi - anak muda kelahiran dari negara jiran kita Singapura merupakan juara Singapore Idol musim ketiga pada tahun 2009. Mewarisi bakat daripada bapanya, seorang pemuzik, Sezairi pertama kali berjinak dengan muzik pada usia hanya 5 tahun. Lagu pertama serta menjadi kegilaannya sehingga kini adalah Isabella, sebuah lagu rock Melayu dipopularkan oleh Search. Bagaikan cinta pandang pertama, bermulalah minat mendalamnya mempelajari dan mencintai bidang muzik.

Pada usia 14 tahun, Sezairi mencuba nasib dalam muzik secara serius dan mendalam. Bermula dengan pembentukan sebuah kumpulan band – Juxtapose, Sezairi merupakan vokal utama kumpulan itu. Di samping itu, Sezairi berjinak jinak serta mengasah bakatnya dalam menghasilkan lagu serta lirik ciptaannya sendiri.


“Saya menyanyi di tempat dimana hampir semua penghibur lupa akan tempat itu, iaitu dari hati yang ikhlas demi sebuah persembahan yang mampu mengukir senyuman di muka manusia,” ujar Sezairi.


Pada tahun 2013, Sezairi mengakhiri penantiannya dengan mengeluarkan single terbarunya yang telah lama tertangguh diatas sebab-sebab yang tidak mampu dielakkan yang berjudul Sayang pada hari jadinya iatu 6 Ogos 2013. Single itu telah dimainkan di seluruh radio tempatan Singapura,


Sayang melambangkan keupayaan Sezairi menulis, serta menghasilkan single ciptaannya sendiri yang mesra dengan halwa telinga peminat muzik tempatan mahupun antarabangsa. Kini, beliau dalam rangka menghasilkan album baru, giat menghasilkan karya – karya bermutu serta berkolaborasi bersama – sama artis-artis lain demi berkongsi pengalaman perjalanannya sebagai anak seni sepanjang tahun.


Kini Sayang telah berjaya diputarkan di corong – corong radio di Malaysia. Mungkin kelunakan vokal Sezairi telah menarik perhatian pendengar-pendengar Malaysia dengan daya tarikan menarik serta suaranya yang mirip idolanya ‘Bruno Mars’. Penyanyi serta penulis lirik serba boleh ini kini berada di bawah naungan syarikat rakaman antarabangsa – Sony Music Entertainment Malaysia & Singapura.


Para peminat boleh mengikuti perjalanan Sezairi di laman sosialnya – Facebook, Twitter, Instagram, YouTube dan Tumblr. Taip saja Sezairi, disitu telah dimuatkan segala catatan perkembangan Sezairi sejak menjadi seorang anak seni.
Diberdayakan oleh Blogger.