728x90 AdSpace

Latest News
Senin, 01 Mei 2017

Segala Perasan Single Terbaru Dato Siti Nurhaliza

Kayuagung - Dato' Siti Nurhaliza mempertaruhkan lagu ciptaan Ivan Lahardika sebagai single terbaru beliau yang berjudul Segala Perasaan. Lagu ini mengangkat makna cinta yang sangat luas dan melodinya mudah diterima oleh penggemar muzik.

Ivan sendiri menceritakan bahawa lirik lagu ini bersatu dengan melodinya dan segala keindahan perasaan disampaikan menerusinya. Lagu Segala Perasaan diterbitkan oleh Mujahid Abd Wahab manakala Aubrey Suwito pula menjadi penerbit untuk rakaman vokal Dato' Siti Nurhaliza.

Menurut Dato' Siti, Segala Perasaan adalah sebuah lagu yang menguji vokal beliau kerana terdapat nada rendah dan tinggi serta beliau perlu menjiwai lirik dalam nyanyian.

Beliau berharap agar single ini akan dapat diterima oleh para peminat dan penggemar muzik sementara menantikan kemunculan album penuh berjudul 'SimetriSiti' yang diterbitkan oleh Universal Music Malaysia dan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Item Reviewed: Segala Perasan Single Terbaru Dato Siti Nurhaliza Rating: 5 Reviewed By: Kayuagung Radio